19 November 2015

PENJAGA GOL KHAIRUL FAHMI TIMANG ANAK KEDUA



Tahniah diucapkan buat penjaga gol bola sepak kebangsaan, Khairul Fahmi Che Mat (Apexs) selepas isterinya, Leuniey Natasha telah selamat melahirkan anak kedua mereka semalam.

Klik gambar untuk size besar




Berita gembira ini telah dikongsikan Apexs dan Leuniey menerusi akaun Instagram masing-masing dengan memuat naik wajah comel anak lelaki mereka yang dilahirkan dengan berat 3kg.

"Alhamdulillah isteri saya selamat melahirkan bayi lelaki seberat 3kg," tulis Fahmi di laman IGnya.

"ALHAMDULILLAH YA ALLAH .terima kasih semua untuk doa2 AMEEN," ujar Leuniey pula.

Untuk rekod, Apexs dan Leuniey berkahwin pada 28 Disember 2012 dan telah dikurniakan seorang anak perempuan yang bernama Kayla Elayna.

Klik gambar untuk size besar












         ________________________




No comments: