25 November 2015

HAFIZ SUIP BAKAL TUNAI UMRAH DISEMBER INI



Hafiz Suip, 25, yang bakal menamatkan zaman bujangnya pada 14 Mei tahun depan bersama tunangnya Nureffy Jasreel Abdullah, 22, memberitahu bahawa dia akan berangkat ke Mekah 3 Disember ini bagi menunaikan ibadah umrah buat kali pertama bersama ahli keluarga.

Menurut Hafiz, itu merupakan impian yang disimpan selama ini dan ingin menunaikan hasrat tersebut sebelum berkahwin.





"Ya, saya akan menunaikan umrah bersama ahli keluarga selama dua minggu bermula 3 Disember ini. Sebenarnya, inilah impian terbesar saya sejak bekerja iaitu membawa ahli keluarga ke Mekah.

"Sebelum berkahwin, kebetulan ada kelapangan dan rezeki, rasanya tidak perlu ditangguhkan lagi. Ini merupakan umrah pertama saya dan sudah tentu cukup teruja dan berdebar. Harap perjalanan kami ke sana di permudahkan Allah," ujarnya dipetik sebagai berkata.



Mengenai persiapan perkahwinannya, Hafiz berkata yang dia ingin melakukan semua sendiri tanpa meminta bantuan dari keluarga.

"Alhamdulillah, setakat ini sudah 50 peratus persiapan siap seperti tempahan lokasi perkahwinan dan barang hantaran. Namun, ada banyak lagi perkara yang belum selesai seperti tema untuk majlis resepsi yang akan berlangsung sehari selepas majlis akad nikah.

"Jika lelaki lain, biasanya mereka akan menyerahkan persiapan perkahwinan kepada keluarga, tetapi kalau boleh saya mahu lakukan semuanya sendiri. Bukan cerewet, namun bagi saya perkahwinan sesuatu yang sangat penting dan akan dikenang seumur hidup. Ikutkan, pelamin pun saya mahu buat sendiri (ketawa)," jelasnya.

"Kalau boleh saya mahu majlis perkahwinan berlangsung secara sederhana dan menggunakan wang hasil titik peluh sendiri kerana rasanya lebih bermakna.

"Namun, saya tidak menolak tajaan daripada mana-mana pihak cuma bukan untuk keseluruhan majlis. Saya ingin majlis perkahwinan mengikut cita rasa sendiri, oleh itu penajaan yang diterima hanya 20 peratus daripada kos keseluruhan majlis.," katanya.



         ________________________




No comments: