24 November 2015

MARIA FARIDA BAKAL KAHWINI DATUK?



Baru-baru ini, ada khabar yang mengatakan Maria Farida kini sedang sibuk menguruskan majlis perkahwinan beliau bersama seorang lelaki berpangkat Datuk yang bakal berlangsung beberapa hari lagi.





Difahamkan, calon suaminya tersebut adalah rakan baiknya sendiri. Sebelum ini, Maria pernah didakwa sebagai perampas namun kehadiran Maria bukan sahaja turut disenangi anak-anak bakal suaminya itu, tetapi juga keluarga kedua-dua belah pihak merestui hubungan yang terjalin.

Malah, anak-anak kepada Datuk ini juga pernah tampil dalam rancangan Melodi dan mendedahkan perilaku sebenar bekas ibu mereka yang dikatakan suka menipu selain selalu keluar dengan lelaki lain ketika ketiadaan suami di rumah.



Dalam pada itu, Maria dikatakan sudah hadir ke mahkamah baru-baru ini, untuk urusan perkahwinannya itu dan membuat permohonan untuk keizinan berkahwin menggunakan wali hakim.

Apa pun, jika benar apa yang dikhabarkan ini, semoga rumahtangga yang bakal dibina akan memberi lebih kebahagiaan bukan sahaja buat Maria malah kepada anak-anak bakal suaminya yang memerlukan kasih sayang seorang ibu.



         ________________________




No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...