06 November 2015

INSIDEN ZAHIRAH HAMPIR DICULIK - PIHAK THE CURVE NAFI BERLAKU



Zul Ariffin sebelum ini memuat naik status di twitter iaitu menasihati kaum wanita supaya berhati-hati selepas teman tapi mesranya, Zahirah MacWilson hampir diculik di pusat The Curve, Damansara.

Klik gambar untuk size besar




Bercerita mengenai kejadian tersebut, Zahirah MacWilson mengakui dirinya kini trauma selepas hampir-hampir diculik. Malah Zahirah juga sudah membuat laporan polis tentang kejadian tersebut.

"Ya, kejadian buruk itu berlaku petang semalam (Rabu) di parking The Curve ketika hendak pulang, ketika itu saya bersendirian. Tapi saya tidak mahu cerita bagaimana ia berlaku cukuplah saya katakan agar kaum wanita supaya lebih berhati-hati ketika berada di tempat parking dan kunci pintu ketika sudah berada di dalam kereta.

"Saya tidak tahu apa niat sebenar penjenayah itu, namun saya pasti ia bukan kerana saya seorang artis, ia boleh berlaku kepada wanita lain juga. Sudah tentu selepas kejadian itu perasaan saya sangat takut dan trauma tapi Alhamdulillah pagi ini sudah kurang sedikit," ujar Zahirah dipetik sebagai berkata.



Tapi baru-baru ini, pihak The Curve melalui satu pertanyaan di laman Facebook mereka menafikan berlakunya insiden culik seperti yang didakwa.

Menurut komen yang ditinggalkan oleh pemilik akaun tersebut, pihak pengurusan The Curve telah pun membuat pemeriksaan CCTV yang terperinci dan tidak menjumpai sebarang bukti. Malah laporan polis juga tiada. Kenyataan pengurusan The Curve ini dilakukan selepas seorang insan bertanya kesahihan insiden ini.

Pastinya Zahirah dan juga Zul mempunyai penjelasan sendiri terhadap apa yang terjadi kelmarin.



         ________________________




No comments: