21 November 2015

ISTERI SHUIB SEPAHTU SELAMAT BERSALIN ANAK KETIGA



Semalam Shuib telah menimang cahaya mata ketiga selepas isterinya, Siti Sarah selamat melahirkan seorang anak lelaki seberat 3.1 kilogram tepat jam 12.27pm di sebuah hospital swasta.





Shuib menerusi akaun Instagram miliknya sempat meluahkan rasa syukur atas rezeki yang diberikan oleh Allah SWT dan turut mengucapkan terima kasih kepada semua peminat yang mendoakan kebahagiaan mereka sekeluarga.

"Syukur Alhamdulillah Ya Allah tepat pukul 12.27pm hari Jumaat 20 Nov 2015 lahirnya putera ke-3 kami dengan berat 3.1kg.... Syukur ke hadrat mu Ya Allah.... Terima kasih pada semua yang mendoakan kami sekeluarga..." ujar Shuib di laman IGnya.

Untuk rekod, Shuib yang bernikah dengan Sarah pada tahun 2011 sebelum ini telah dikurniakan dua orang cahaya mata iaitu Uwais Alqarni dan Dzahira Talita Zahra.



Siti sarah sebelum bersalin










         ________________________




No comments: