21 November 2015

55 GAMBAR - SEKALI LAFAZ, SHUKRI YAHAYA & TYA ADNAN SAH SUAMI ISTERI



Akhirnya pasangan Mohd Shukri Yahaya, 27, dan Tya Adnan atau nama sebenarnya, Siti Nurfatihah Ahmad Adnan, 24, sah bergelar suami isteri apabila mereka selamat diijabkabul oleh Penolong Pendaftar Perkahwinan dan Perceraian Putrajaya, Muhd Redza Ahmad dengan sekali lafaz di Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin, Putrajaya.





Majlis pernikahan itu telah dihadiri kira-kira 200 jemputan termasuk kedua-dua keluarga terdekat pengantin.

Dalam majlis tersebut, Shukri telah menyerahkan mas kahwin dalam bentuk wang tunai berjumlah RM300 bersama-sama sebentuk cincin, manakala wang hantaran tidak diumumkan.

Mempelai lelaki turut menyerahkan tujuh dulang hantaran berbalas sembilan dulang daripada pihak perempuan.

Antara hantaran yang dihadiahkan kepada pengantin perempuan ialah senaskah al-Quran dan telekung, set minyak wangi, tas tangan, set alat solek, kek serta sirih junjung.



Shukri pula menerima senaskah al-Quran dan tasbih, sepasang kasut, kek, komputer riba, jam tangan, set wangian, coklat, buah-buahan serta sirih junjung.

Sementara itu, Tya yang juga seorang pelakon mengakui bersyukur selamat bergelar isteri kepada aktor terbabit dan sememangnya dia sudah sedia menempuh kehidupan berumahtangga bersama insan yang dicintai.

Difahamkan, majlis persandingan akan diadakan di A-Park, Kampung Pulau Meranti Puchong hari ini yang dijangka diserikan kehadiran kira-kira 1,000 tetamu.

Untuk rekod, pasangan ini mengikat tali pertunangan pada 11 Januari 2013. Kedua-duanya bertemu buat kali pertama di set penggambaran filem Ular arahan Jason Choong.

Klik gambar untuk size besar












































































































         ________________________




No comments: