20 November 2015

KHATAM QURAN - KEVIN ZAHRI NAK DALAMI TAFSIR PULA



“Alhamdulillah. At almost 37 yers old, I finally managed to khatam Quran for the very 1st time. Ambil masa 2 tahun dgn kelas mengaji 2 kali seminggu. Jutaan terima kasih to Ustazah @shielaezan for getting me this far," begitulah kata-kata syukur personaliti TV yang juga jurulatih dan perunding pemakanan dan kecergasan terkenal, Kevin Zahri.

Semuanya kerana dia telah berjaya khatam al-Quran selepas 2 tahun mempelajarinya bersungguh-sungguh. Kini, semua penat lelah Kevin itu akhirnya terbalas jua..





“Made it more special yang hari ini merupakan hari jadi ke 70 arwah ibu saya yang dah lama meninggal. Alhamdulillah #azam2015 #khatam. Insyallah tidak berakhir di sini. Sambung lagi minggu depan,” ujar Kevin dipetik melalui laman sosialnya..

"Saya tidak pernah putus asa untuk mempelajari al-Quran dan pertemuan bersama Ustazah Shiela Ezan pada 2011 membawa diri ini untuk kembali pada fitrah selain mula mengaji bermula dengan muqaddam semula," tambahnya.



Apa yang paling menarik, Kevin mahu mendalami tafsir Al_Quran pula selepas ini. Doa kita, semoga apa yang dicita-citakannya itu akan mencapai kejayaan dan hasratnya dimakbulkan oleh Allah SWT. Amin.







         ________________________




No comments: