10 November 2015

ISU BAJU - "SILAPNYA DIMANA" - AYDA JEBAT



Baru-baru ini, Lana Nodin meluahkan rasa terkilannya apabila busana perkahwinan beliau telah dipakai oleh Ayda Jebat dalam penggambaran sebuah iklan.

Kekecewaan Lana disebabkan beliau sendiri yang memilih kain untuk busana tajaan Altelia Amani itu dan beranggapan ia cukup eksklusif dan seharusnya pereka fesyen menawarkan rekaan lain untuk Ayda pakai.





Susulan kenyataan itu, Ayda berkata pereka fesyen busana itu sendiri yang memberikan kebenaran untuk beliau memakai baju perkahwinan Lana.

"Saya memang tahu itu baju yang pernah dipakai kak Lana ketika majlis perkahwinannya dan saya tanya pereka baju itu sama ada baju tersebut milik kak Lana atau baju rekaannya yang disimpan di butik.

"Saya dah tanya elok-elok kepada pereka dan dia kata tiada masalah dan okay, jadi saya pun okaylah. Lagipun, waktu itu saya memang dah agak last minute mencari baju kerana lusanya dah nak pakai baju untuk shooting iklan Aura White Gold Collagen.



"Kalau dia (Lana) rasa saya salah, biarkanlah. Bukannya saya tak terkejut dengan kenyataan pihak sana, cuma saya tak pasti di mana silapnya. Bagi saya, tidak salah sekiranya saya nak pakai kalau pereka baju itu sendiri yang bagi saya pakai.

"Sebenarnya tidak (perlu berhati-hati) kerana banyak saja artis yang ulang pakai baju pereka. Saya sendiri pernah ulang pakai baju artis lain tapi mereka tidak cakap apa-apapun. Bagi saya, tak perlu perbesarkan isu yang kecil," ujar Ayda dipetik sebagai berkata.



         ________________________




No comments: