05 November 2015

ISU TUMBUK - PENGARAH AZMA AIZAL ADA SEBAB



Akhirnya pengarah yang dimaksudkan, Azma Aizal Yusoof, 33, yang dikatakan telah menumbuk pelakon Ika Nabella, 26, di muka dan beberapa bahagian badan kerana berasa berang dan bertindak di luar kawalan kerana tidak dapat apa yang beliau inginkan daripada Ika telah tampil memberi penjelasan.





Menurut Azma, dia ada sebab bertindak menumbuk pelakon itu di lokasi penggambaran drama 'Dawai Asmara' terbitan Suhan Movies di Hulu Klang pada Isnin lalu.

Beliau yang enggan berkongsi hal berkenaan menyifatkan laporan media yang dikeluarkan mengenai perbuatannya itu sudah ditokok tambah.

"Ada sebab saya berbuat demikian. Saya pun baru sahaja memberi keterangan kepada pihak polis dan siasatan kini sedang dijalankan. Apabila kes selesai, saya akan menceritakan hal sebenar apa yang berlaku.



"Bagaimanapun, cerita yang sudah menjadi viral di laman sosial itu sudah ditokok tambah," ujarnya dipetik sebagai berkata.

Berikutan kejadian tersebut, Ika membuat laporan di Balai Polis Hulu Klang pada malam hari kejadian.

Sementara itu, Azma berkata, dia tidak gentar untuk berdepan dengan isu tersebut kerana percaya Tuhan akan menyebelahinya.

"Saya akan berdepan sahaja isu ini dalam apa-apa situasi pun. Allah sentiasa di sisi.

"Dalam pada itu, saya juga bersyukur kerana diberi ketenangan dalam menangani masalah ini. Biarlah pihak sana 'berkicau'," jelasnya.

Azma Aizal Yusoof sebelum ini pernah mengarahkan beberapa siri drama popular seperti 'Kerana Terpaksa Aku Relakan' dan 'Teman Lelaki Upahan' di slot Akasia , TV3.

Pada April lalu Azma memenangi pengarah terbaik menerusi telefilem arahannya iaitu Menunggu Hujan Teduh pada majlis kemuncak Anugerah Tribute P Ramlee 2014.

Sebelum ini, Azma pernah berkongsi kehidupan hitamnya iaitu terjebak dengan najis dadah dan mendapat pemulihan di pusat Pemulihan Penagihan Narkotik (Puspen).


Sumber: mStar



         ________________________




No comments: