11 November 2015

JUREY LATIFF DAPAT GELARAN DATUK



Penerbit dan pengarah drama Jurey Latiff Rosli yang telah hampir 20 tahun lebih bergelar anak seni akhirnya menerima pengiktirafan apabila dianugerah gelaran Darjah Indera Mahkota Pahang (DIMP) yang membawa gelaran Datuk. Jurey merupakan antara 98 orang penerima DIMP.





Jurey menyifatkan gelaran Datuk yang diterimanya sempena ulang tahun ke-82 Hari Keputeraan Sultan Pahang, Sultan Ahmad Shah pada Jumaat lalu satu penghormatan kepadanya sebagai seorang anak seni.

Kata Jurey, penganugerahan itu juga dianggap sebagai penilaian kerja-kerja seni membangunkan industri hiburan tanah air sepanjang lebih 20 tahun beliau di bidang berkenaan.



"Mungkin saya dinilai berdasarkan kerja-kerja saya menaikkan nama industri. Alhamdulillah, hasil usaha saya berbaloi.

"Ia menunjukkan semua usaha membangunkan industri hiburan negara selama ini mula dipandang serius oleh pihak kerajaan. Penghormatan ini juga akan saya gunakan untuk berusaha lebih gigih lagi mengukuhkan dunia seni kita," ujarnya dipetik sebagai berkata.



         ________________________




No comments: