11 November 2015

GAYATRI JAWAB ISU PUTUS CINTA DENGAN ZUL ARIFFIN



Semua mengetahui hubungan cinta antara Zul Ariffin dengan Gayatri Su-Lin Pillai sudah pun terlerai. Mereka mula menjalinkan hubungan ini sejak Jun 2012.

Zul dalam kenyataan sebelum ini mengesahkan yang mereka sudah lama putus dan cuma memilih untuk tidak menggembar-gemburkan hal itu.





Difahamkan, Gayatri kini sudah tidak lagi bekerja dengan Astro sebagai Naib Presiden Astro Shaw.

Bagi mengupas lebih lanjut mengenai isu ini, jom kita ikuti temubual media dengan Gayatri.

MEDIA: Mungkin sudi berkongsi apa sebenarnya yang terjadi antara kalian?

GAYATRI: Zul sudah memberikan kenyataan dua hari lalu dan saya tidak perlu ulas apa apa lagi.

Seperti mana yang diketahui ramai, saya jarang menceritakan urusan peribadi kerana saya bukannya artis. Saya tak rasa orang nak tahu pun cerita peribadi membabitkan diri ini.

Lebih manis kalau apa-apa yang berlaku dalam hubungan kami hanya saya dan dia sahaja yang tahu. Saya rasa tidak perlulah menjaja cerita untuk meraih simpati ataupun mendapat perhatian.

MEDIA: Bagaimana kamu melalui semua ini?

GAYATRI: Kehidupan dan rutin saya masih macam biasa. Saya sibuk dengan kerja baru saya di Infinitus Entertainment sebagai Penerbit Eksekutif sejak Julai lalu. Pada masa yang sama saya menjaga ibu. Tiada apa yang berubah.

MEDIA: Soalan terakhir, bagaimana andaian selama ini yang mengatakan Zul menggunakan pengaruh kamu untuk mendapatkan tawaran kerja berlakon terutama filem terbitan Astro?

GAYATRI: Saya dan Zul bekerja secara profesional dan tidak pernah memasukkan urusan peribadi dengan kerja. Dia tidak dapat kontrak ataupun kerja melalui saya ketika saya masih di tempat kerja lama. Zul banyak menyerlah dalam drama dan telefilem sedangkan saya bertumpu kepada kerja penerbitan filem sahaja.

Jadi saya memang tidak dapat membantu dia mendapatkan projek di televisyen. Kadang-kadang saya hanya memberikan pendapat mengenai watak mana yang sesuai. Kami banyak berbincang fasal kerja dan selebihnya keputusan di tangan dia. Dan saya percaya apa yang dimiliki adalah hasil usahanya sendiri.



         ________________________




No comments: