03 November 2015

KENA TUMBUK OLEH PENGARAH - MULUT IKA NABELLA TAK BOLEH DIBUKA



Baru-baru ini, ada satu laporan yang mengatakan pelakon Ika Nabella yang juga merupakan peserta Akademi Fantasia musim keenam telah dipukul oleh pengarah yang sedang mengarahkan drama 'Dawai Asmara' lakonannya dalam satu kejadian yang berlaku pada tengah hari semalam.





Menurut sumber yang menyaksikan kejadian tersebut, Ika dikatakan telah ditumbuk di bahagian muka dan badan secara bertubi-tubi di set penggambaran di Hulu Kelang. Disebabkan tumbuk itu, mulut Ika saat ini tidak dapat dibuka gara-gara akibat pukulan itu.

Difahamkan Ika menjadi pelakon ketiga yang berdepan dengan situasi berkenaan, namun pelakon lain yang pernah dipukul pengarah sama hanya berdiam diri.

Semuanya berpunca apabila pengarah itu merasa berang dan bertindak di luar kawalan kerana tidak dapat apa yang beliau inginkan daripada Ika.



Dalam drama itu, Ika memegang watak utama. Ia bukan kali pertama Ika berlakon di bawah arahannya.

Usaha menghubungi Ika tidak berjaya. Namun dia hanya membalas ringkas menerusi aplikasi WhatsApp saat ditanya apakah benar dia dipukul pengarah itu seperti diceritakan sumber.

"Ya, saya memang dipukulnya," katanya ringkas yang enggan mengulas lanjut mengenai kejadian berkenaan.

Difahamkan, Ika akan membuat laporan polis berkaitan kejadian itu.

Sementara itu, usaha menghubungi pengarah yang dimaksudkan tidak berjawab. Beberapa kali menghubunginya, akhirnya panggilan itu masuk ke dalam peti rakaman suara.


Sumber: BH



         ________________________




No comments: