07 November 2015

"KERANA ISU PERIBADI PERIUK NASI DITUTUP, SAYA MEMANG HILANG HORMAT" - KAMAL ADLI



"Terkejut memanglah terkejut nama saya disingkirkan. Dari awal lagi, apa terjadi saya bersikap professional. Ini sudah kira berkait isu peribadi. Entahlah... ini periuk nasi saya... kerja saya. Apabila nama saya disingkirkan, ia kira sudah tutup periuk nasi saya.





"Permainan macam ini tak sedaplah. Saya tak kacau periuk nasi orang. Saya dapat tahu pengarahnya, Syafik sudah buat skrip dan kena rombak balik dengan penyingkiran saya," ujar Kamal Adli yang telah digugurkan daripada membintangi filem sekuel yang turut dibintangi Zizan Razak.

Bagaimanapun perkara tersebut jelas sekali melahirkan rasa kecewa buat Kamal.

Sementara itu, Kamal turut ditanya adakah dia menerima tawaran untuk digandingkan bersama Zizan pada masa hadapan. Kata Kamal, dia memilih untuk mengutamakan professionalisme daripada isu peribadi.

"Saya tak ada masalah. Saya boleh jadi diri sendiri untuk kepentingan bersama. Tapi kalau sudah letak isu peribadi mengatasi segala-galanya, hingga menutup periuk nasi... saya memang hilang hormat. Jika orang luar yang tak tahu menahu menuduh saya sebagai punca perpisahan dia dan Emma, itu tak wajar kerana kalian tak tahu perkara sebenar," jelasnya.



         ________________________




No comments: