07 November 2015

"BAYAR SELEPAS DAPAT SURAT, AIDIL PERLU RUJUK SEMULA DENGAN PEGUAM" - RITA RUDAINI



Sebelum ini Aidil Zafuan atau nama penuhnya Mohd Aidil Zafuan Abdul Radzak, 27, berkata yang dia akan membayar RM30,000 sekaligus dan enggan berhutang apa-apa dengan bekas isterinya itu. Dia akan mengotakan janjinya itu selepas mendapat surat daripada pihak mahkamah syariah.





Rita Rudaini Mokhtar, 39, berkata bekas suaminya, Aidil perlu merujuk semula dengan peguam yang dilantik mengenai bayaran mutaah yang perlu dijelaskan kepadanya.

Menurut Rita, dia berasa terkejut apabila Aidil mengeluarkan kenyataan akan membayar mutaah berjumlah RM30,000 itu selepas mendapat surat tersebut sedangkan perkara itu tidak perlu.

"Rasanya dia (Aidil) perlu mendapatkan nasihat daripada peguamnya. Jika mengikut prosiding mahkamah, sekiranya dia hadir pada prosiding berkenaan, maka mahkamah tidak perlu mengeluarkan surat bertulis kepadanya.

"Jadi, dia tidak perlu menunggu surat daripada mana-mana pihak untuk menjelaskan bayaran mutaah berkenaan," ujar Rita dipetik sebagai berkata.

Mahkamah Tinggi Syariah Shah Alam pada 4 Oktober lalu memerintahkan Aidil membayar kepada bekas isterinya sebanyak RM30,000 daripada tuntutan sebenar dibuat Rita iaitu RM300,000.

Tuntutan mutaah bermaksud pemberian harta (sagu hati) yang wajib diberikan oleh suami kepada isteri yang telah diceraikan.

Sementara itu, Rita berkata, Aidil tidak perlu persoalkan mengenai tuntutan berkenaan kerana apa yang dilakukannya adalah demi anak-anak.

"Dia marah dan persoalkan adakah saya mahukan duit atau maruah. Kenyataan yang keluar di media pun berdasarkan pertanyaan daripada pihak media.

"Macam inilah, kalau dia nak bagi (bayaran mutaah), saya terima. Kalau tak nak pun tak apa. Itu urusan dia dengan Allah," jelasnya.

untuk rekod, Rita dan Aidil bercerai talak satu pada 5 September 2013 di Mahkamah Rendah Syariah Seremban, Negeri Sembilan selepas lima tahun mendirikan rumah tangga.

Hasil perkahwinan tersebut, mereka mempunyai dua orang anaknya iaitu Airit Rayyan Rizqin, 6, dan Airit Qaqa Arjuna yang berusia empat tahun.


Sumber: mStar



         ________________________




No comments: