06 November 2015

"SAYA CUBA DICULIK DI LUAR CURVE, BUKAN DI DALAM" - ZAHIRAH



Kekecohan berhubung kes cubaan culik Zahirah MacWilson yang menjadi bualan hangat akhirnya dijawab sendiri oleh empunya badan.

Dakwa Zahirah, dia sebenarnya cuba di culik ketika berada di perkarangan The Curve dan bukannya di tempat letak kereta aras bawah pusat membeli-belah tersebut sebagaimana yang tersebar sebelum ini.





"Setiap kenyataan sebelum ini hanyalah cerita tidak betul yang ditokok tambah oleh beberapa pihak tertentu.

"Selepas kejadian tersebut saya telah melaporkan insiden tersebut kepada pihak pengurusan The Curve dan meminta agar mereka mempertingkatkan lagi keselamatan di premis mereka meskipun kes penculikan itu tidak benar-benar berlaku di bangunan The Curve," ujarnya dipetik sebagai berkata melalui Instagramnya.

Tambah Zahirah, dia berharap dengan penjelasan panjang lebar itu, tiada lagi pihak yang akan memutar belitkan cerita.

Klik untuk gambar besar




         ________________________




No comments: