17 November 2015

KES KHALWAT - PUTRI MARDIANA & PASANGAN MENGAKU SALAH



Akhirnya Putri Mardiana Zainal Abidin, 34, dan pasangannya, Shahrizam Abdullah, 31, mengaku bersalah atas tuduhan berkhalwat, tahun lalu.

Mardiana dan pasangannya didenda RM3,000 oleh Mahkamah Rendah Syariah Gombak Timur hari ini.





Hakim Syarie Shaiful Azli Jamaludin turut memerintahkan kedua-dua tertuduh dipenjara tujuh hari sekiranya mereka gagal membayar denda. Pasangan itu membayar denda berkenaan.

Mereka didakwa melakukan kesalahan itu di premis kediaman beralamat C-05-08 Jalan UP 1/1D Jalan Ukay Perdana, Hulu Klang pada jam 3.03 pagi, 14 Disember 2014.

Sebelum ini, Mardiana mendakwa dirinya telah diperangkap oleh isteri lelaki yang berkhalwat dengannya. Malah Mardiana juga tidak menghadirkan diri ke mahkamah sehingga waran tangkap terpaksa dikeluarkan.



         ________________________




No comments: