17 November 2015

DISUNTING JADI PELAKON - AAISYAH DIBAYAR LUMAYAN



Alahai, bertuah sungguh anak pasangan selebriti Zain Saidin dan Rozita Che Wan ini. Baru berusia setahun, Aaisyah Dhia Rana sudah disunting menjadi pelakon dan menerima bayaran belasan ribu ringgit dari pihak produksi hanya untuk muncul dalam 11 episod.

Klik gambar untuk size besar




Persetujuan telah dibuat antara Che Ta dan pihak produksi untuk kemunculan Aaisyah di dalam drama itu. Buat Che Ta beliau menyifatkan ia sudah rezeki dan takdir untuk anaknya mendapat tawaran tersebut.

"Kira pakejlah gayanya kalau orang nak cakap kami anak beranak berlakon. Tak apalah, orang nak cakap apa, itu terpulang. Ini semua soal rezeki.

"Sebelum ini apa sahaja yang membabitkan saya selalu dipersoalkan dan menjadi kontroversi. Saya tak boleh nak tutup mulut orang dan kalau dilayan memang tidak pernah berakhir. Biarlah," ujar Che Ta dipetik sebagai berkata.





         ________________________




No comments: