17 November 2015

RUMAH TANGGA IBU BAPA ZAHIRAH MACWILSON PUNYAI MASALAH?



Baru-baru ini, menerusi laman Instagram Maslinda Yusoff yang merupakan ibu kepada Zahirah Macwilson yang sedang hangat bercinta dengan Zul Ariffin, telah meluahkan rasa hati mengenai rumah tangganya.

Klik gambar untuk size besar




"Prev. name Maslinda Macwilson. My life My rules. Love being single mum of four. InsyALLAH, as time passes by I will be stronger and thats a PROMISE! Move on to the NEXT best thing," tulisnya.

'Single mum' tulis Maslinda? Kami tak tahu pula rumah tangga Maslinda bersama suaminya yang juga merupakan seorang pelakon dan bekas penyampai berita, Zainol Macwilson berantakan? Setahu kami, hubungan di antara mereka baik-baik sahaja.

Dalam pada itu, Maslinda nampaknya baru sahaja menukarkan nama akaun Instagram miliknya daripada @maslindamacwilson kepada @maslindayusoff_ seminggu lalu.

Dua hari yang lalu, Maslinda telah dimuatnaik entri yang berbunyi: "You’re not sorry you did it, you're sorry I found out. Betrayal."



Menerusi entri itu, Zainol meninggalkan komen yang bertulis: "And what you found out was just meer words but no action."

Apa yang telah terjadi kepada rumahtangga mereka? Adakah mereka sedang berselisih faham atau sekadar gurau-gurau manja suami isteri? Kami sendiri tak tahu apa yang sedang berlaku.

Jika benar ada perselisihan pendapat, kami berdoa agar masalah itu dapat diselesaikan segera dan rumah tangga mereka kembali aman bahagia.

Ini kerana bak kata pepatah "Sedangkan lidah lagi tergigit, inikan pula suami isteri". Setiap perkahwinan ada pasang dan surutnya, tetapi kita haruslah tabah dan kuat dalam menghadapi segala dugaan dan cabaran.







         ________________________




No comments: