10 November 2015

PERSEMBAHAN SITI NORDIANA & LAN KRISTAL TINGGALKAN KESAN YANG MENDALAM



Persembahan Siti Nordiana bersama pasangan duetnya vokalis kumpulan Kristal, Mohd Razlan Mohamed Yusof atau lebih mesra dipanggil Lan di konsert keempat Gegar Vaganza 2 (GV2) yang membawa lagu 'Memori Berkasih' telah menjadi viral dan sebutan netizen di laman sosial.





Persembahan Siti Nordiana atau lebih mesra dengan panggilan Nana itu sememangnya dinantikan oleh para peminatnya sejak konsert ketiga program GV2 lagi.

Kemunculan Nana bersama Lan di konsert minggu keempat bertemakan 'Berdua Lebih Baik' itu menjadikan Auditorium Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) riuh buat seketika.

Selain menyanyi bersama, ada di antara penonton mengalirkan air mata mungkin kerana terimbau kembali nostalgia ketika Nana menyanyikan lagu Memori Berkasih bersama vokalis kumpulan Spin, Allahyarham Abdillah Murad Md. Shari atau Achik.



Gandingan Nana dan Lan pada malam Ahad lepas turut mendapat perhatian netizen dan ramai juga yang menonton persembahan mereka berulang kali.

Lebih menyentuh perasaan apabila ada di antara peminat berkongsi gambar kenang-kenangan mereka bersama Nana dan Allahyarham Achik di laman sosial.

Sementara itu di Instagram Nana, rata-rata pengikut mengucapkan tahniah dan memuji kehebatan persembahannya bersama Lan yang menggamit memori itu.



Nana ketika ditemui media selepas konsert itu berkata yang dia menahan rasa sebak sepanjang menyanyikan lagu tersebut bersama lan di pentas GV2.

“Memang tak sama ‘feel’ menyanyi dengan Razlan dan arwah...Tapi perasaan sedih tu tiba-tiba datang di atas pentas tadi.

"Mujur saya dapat mengawal emosi dengan baik, kalau tidak pasti saya akan rosakkan persembahan hari ini,'; ujar Nana dipetik sebagai berkata.



Achik meninggal dunia dalam satu kemalangan jalan raya di Lebuh Raya Kajang-Seremban (Lekas) pada April 2010.

Selain Memori berkasih, Nana dan Achik juga popular menerusi lagu Gurauan Berkasih dan Paling Comel.

Untuk anda semua, kami kongsikan video persembahan 'Memori Berkasih' yang telah disampaikan dengan cukup baik sekali oleh Nana dan Lan pada Ahad lepas






         ________________________




No comments: