10 November 2015

ISU HAMIL - ANAK TIRI SITI NURHALIZA NAFI KELUARKAN KENYATAAN



Sebelum ini, Siti Nurhaliza dikatakan telah pun hamil dan berita itu dikongsi sendiri oleh anak tirinya, Asyraf Khalid ketika majlis perkahwinannya yang berlangsung minggu lalu.

Ditambah pula, baru-baru ini, penyanyi lagu 'Dialah Di Hati' itu menerusi laman Instagramnya memuat naik gambar segelas minuman hasil ramuan susu kambing dan buah kurma, yang lazim menjadi kegemaran ibu sedang mengandung.





Siti bagaimanapun enggan memberikan komen lanjut mengenai perkara itu dan berharap agar peminat mendoakan yang terbaik buatnya.

Namun, khabar angin yang mengatakan Asyraf yang memulakan cerita berkenaan adalah tidak benar kerana tuan empunya badan telah menafikan beliau ada mengeluarkan sebarang kenyataan berhubung kehamilan ibu tirinya itu.

"Saya tak rasa pernah mengeluarkan kenyataan itu. Mungkin ada salah faham. Apapun doakan sahaja agar dia (Siti Nurhaliza) dikurniakan cahaya mata bersama ayah saya,' ujar asyraf dipetik sebagai berkata.





         ________________________




No comments: