Baru sahaja kita melihat kemesraan antara Sharifah Haslinda dengan suaminya Timbalan Menteri Luar, Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican dalam rancangan 'Datin Masak Datuk Suka'.

Tapi baru-baru ini, Sharifah atau nama sebenarnya Sharifah Norazleenda Syed Abu Bakar Al-Khaired, 43, dilaporkan bakal bercerai dengan suaminya dalam masa terdekat.
Difahamkan, sebutan kes mereka telah dilakukan di hadapan Hakim Syarie, Abdul Fattah Datuk Kamarudin di Mahkamah Rendah Syariah Hulu Langat Bangi kira-kira jam 3 petang semalam.
Bagaimanapun, Haslinda atau lebih mesra dipanggil Lynn hanya mewakilkan peguamnya untuk prosiding kes penceraianya. Mahkamah telah menetapkan 2 Disember depan untuk sebutan semula kes berkenaan.

Ketika dihubungi wartawan yang ingin mengetahui lebih lanjut tentang gosip penceraianya, isteri kedua ahli parlimen Kepala Batas itu seolah-olah cuba mengelak dengan alasan tidak mengetahui mengenai kes berkenaan.
"Tak ada apa-apa kes pun. Oklah, saya sedang memandu, nak keluar dengan anak-anak," katanya.
Untuk rekod, Haslinda mendirikan rumah tangga bersama Reezal pada tahun 2005 sebagai isteri kedua. Hasil perkahwinan tersebut, mereka dikurniakan empat orang cahaya mata.
________________________
-
FACEBOOK - SANTAI - PAPARAZZI - NOSTALGIA - GALERI - YOUTUBE - ROMANTIKA - SEJARAH MYARTIS
- INSTAGRAM - TWITTER
Follow @myartisdotcom
No comments:
Post a Comment