12 November 2015

RESPON M NASIR MENGENAI TUNTUTAN BIENDA



Bienda sebelum ini meminta Datuk M Nasir memohon maaf kepada ibunya kerana telah mengaibkan dengan memberi komen "Putera mencari 'princess' tapi rupa-rupanya terjumpa dengan emak 'princess'". Bagi Bienda komen tersebut keterlaluan dan kurang ajar.





Permintaan Bienda telah menjadi viral di laman sosial dengan pelbagai pihak memberi pelbagai reaksi. Ada yang menyetujui cara M. Nasir memberi komen dan ada juga yang sependapat dengan Bienda.

M. Nasir bagaimanan pun telah memberikan responnya mengenai isu ini.

"Sebagai seorang juri, menjadi salah satu tanggungjawab kepada saya untuk memberi komen yang jujur agar dapat lagi memperbaiki segala kekurangan.

"Kita manusia memang tidak pernah sempurna, namun kalau kesalahan yang jelas di mata awam, apakah kami sebagai juri terpaksa menafikan dan memberikan pujian. Bukankah ini akan dikatakan hipokrit.

"Kami pula dibayar untuk komen dan kritik tentang persembahan, bukannya condemn tentang keperibadian seseorang. Jika kamu tidak mahu dikritik, maka tempat kamu bukan di dalam pertandingan. Hormat sebagai penyanyi veteran itu tetap ada, tapi saya tidak mahu menyembunyikan apa yang jelas.

"Tidak perlulah mengatakan pada sebelah pihak seperti saya dan AC adalah pihak yang jahat dan bersalah. Kami bukannya tidak mengenali ibu anda. Sekarang siapa yang juri, awak atau saya.

"Jika ada kesalahan dalam tutur bahasa kami, harap janganlah tersinggung dan menjadi seperti tipikal Melayu, macam mana melayu nak maju kalau kena kritik sikit sudah melalak satu Malaysia. Segala apa yang bernas itu harap dijadikan teladan, seandai buruk kata kami, harap jangan terasa dan kami mohon maaf itu adalah tugas kami," ujar M Nasir dipetik sebagai berkata.



         ________________________




No comments: