12 November 2015

FESYEN UMPAMA RAHIB - NORA DANISH MOHON MAAF



Akui melakukan kesilapan apabila tampil dengan fesyen penyerupai pakaian rahib gereja pada pelancaran tudung jenamanya Owl by Nora Danish pada minggu lalu, Nora Danish, 34, tampil memohon maaf.





Menurut Nora, perkara tersebut hanya disedari selepas dia menerima kritikan daripada pengikut di Instagram yang menyifatkan pemakaiannya seperti itu tidak sesuai digayakan.

"Secara jujurnya saya seorang yang berfikiran positif dan tidak sedar tentang gaya saya itu menyerupai rahib seperti yang diperkatakan di laman sosial.

"Namun, saya akui ia adalah kesilapan saya sendiri yang kurang peka, saya yang minta baju dan tudung seperti hoodie tapi bila saya gayakan di pentas, tidak sangka ia kebelakang dan terlibat seperti itu (rahib)," ujar Nora ketika ditemui media pada pelancaran program Ceria All Stars, di Talent Lounge.



Kata Nora, dia akan lebih berhati-hati dalam mengayakan sesuatu fesyen agar tidak menyentuh sensitiviti masyarakat pada masa hadapan.

"Ia silap saya dan Insya-Allah selepas ini saya akan lebih berhati-hati dalam mengayakan sesuatu fesyen terutamanya apabila bertudung," jelasnya.

Tambah Nora, dia juga terkilan pengikut Instagramnya menghentam tindakan dia memeggang burung hantu kononnya mahu mempromosi sesebuah fahaman.

Katanya, burung hantu yang dibawa ketika di pentas peragaan itu hanya sebagai simbolik nama jenama itu iaitu Owl by Nora Danish.

"Burung hantu pun mereka persoalkan dan tuduh saya promosi lambing sebuah fahaman. Walhal ia hanya simbolik sahaja dan tidak pula saya terfikir sampai begitu jauh.

"Saya sedih dan terkilan juga kerana tudung itu baru sahaja dilancarkan, tetapi menerima kecaman daripada orang ramai," katanya.


Sumber: mStar



         ________________________




No comments: