12 November 2015

"HASRAT INGIN BERBULAN MADU TERPAKSA DIBATALKAN" - MILA JIRIN



Mila Jirin atau nama sebenarnya Noorsyarmilla Jirin, 28, yang selamat bernikah semalam berkata dia dan suaminya, Ahmad Ailis Mohamed Mustapha, 36, mengambil keputusan membatalkan hasrat mereka untuk berbulan madu kerana mata wang negara kurang stabil.

Klik gambar untuk size besar




Menurut Mila, mereka akan berbulan madu ke luar negara hanya selepas mata wang negara kembali pulih.

"Saya dan suami merancang mahu berbulan madu ke Turki. Negara itu adalah tempat impian saya sejak dulu lagi.

"Tetapi mata wang negara kita pula kurang stabil dan semua perkara akan jadi mahal jika ke sana sekarang.



"Bagaimanapun, sebelum ke Turki, aaya dan suami mahu membawa keluarga mengerjakan umrah dahulu," ujar Mila dipetik sebagai berkata.

Sementara itu, Ahmad Ailis atau lebih mesra disapa Isz berkata, dia mula tertarik kepada Mila selepas tamat program AF5 pada tahun 2007 namun tidak berani meluahkan isi hati kepada penyanyi tersebut.

"Selepas Mila habis AF5, saya menjadi pengurusnya dan masa itu saya sudah mula tertarik dengannya.

"Ketika itu dia sudah ada teman lelaki dan saya pun pendam saja perasaan ini. Tetapi saya tak pernah putus harap.

"Tiga tahun lepas, apabila keluarga mula bercakap tentang kami, barulah Mila mula terbuka untuk menjalin hubungan lebih serius dengan saya. Alhamdulillah, dia kini milik saya," jelasnya.


Sumber: mStar



         ________________________




No comments: