05 November 2015

"SAYA KINI SEDANG MENGENALI HATI BUDI ZUL" - ZAHIRAH MACWILSON



Zahirah Macwilson yang masih berkeras menafikan dakwaan konon wujud cinta antara mereka telah memberi satu bayangan seperti ada sesuatu antaranya dengan Zul Ariffin apabila dia menjelaskan yang dia kini dalam fasa mengenal hati budi pelakon lelaki tersebut.



Dalam pada itu, Zahirah turut mengakui bahawa gambar berpegangan tangan yang tersebar kini merupakan gambar dia dan juga Zul namun enggan mengulas lanjut mengenai status hubungannya bersama Zul.

"Sejujurnya saya tidak menafikan bahawa kami selesa berkawan namun masih mengenali hati budi masing-masing. Sekiranya bertanya sama ada kami bercinta atau tidak, perkara itu lebih baik disoal kepada Zul kerana bagi saya soalan itu adalah hak privasi”



"Saya tidak menafikan bahawa kami memang dalam fasa mengenali. Disebabkan itu kami berani tampil bersama di tempat awam. Namun saya tidak akan menceritakan secara terperinci hubungan ini kerana lebih selesa ia menjadi rahsia kami berdua,” jelasnya.

Selain itu, apabila disoal mengenai status kekasih Zul sebelum ini iaitu Gayatri Su-Lin Pillai, Zahirah berpendapat soalan tersebut adalah lebih arif ditujukan kepada Zul sendiri.





         ________________________




No comments: