20 November 2015

ZAINOL MACWILSON & MASLINDA SAH BERCERAI 11 HARI LALU



Jika baru-baru ini ada pembayang di laman sosial yang mendakwa rumah tangga Zainol MacWilson iaitu bapa kepada pelakon Zahirah MacWilson sudah goyah, terkini... Zainol akhirnya mengesahkan sendiri yang dia sudah pun bercerai dengan Maslinda Yusof, 41, pada 9 November lalu.

"Benar, saya sudah bercerai dengan Maslinda diatas tiada persefahaman.





"Selebihnya, saya enggan berkata apa-apa. Cuma saya tahu, anak-anak pula jadi mangsa gara-gara masalah kami ini," jelas Zainol atau nama sebenarnya Zainol Mohd Johari MacWilson, 56.

Bagaimanapun, dia enggan mengulas lanjut mengenai penceraiannya tersebut dan menyifatkan dia dan bekas isterinya itu sudah tiada jodoh.



"Orang kata, hidup perlu diteruskan dan apa yang sudah berlaku pasti ada hikmahnya.

"Tetapi saya tidak serik, sekiranya ada jodoh, pasti Allah akan temukan kita dengan seseorang tidak kira bila-bila masa. Bagaimanapun saya masih lagi bersedih dengan penceraian ini," tambahnya dipetik sebagai berkata kepada Mstar.



         ________________________




No comments: