23 December 2015

18 JANUARI DEPAN - TARIKH FAIL HUJAHAN BERTULIS AWIE & ROZANA



Semalam Mahkamah Tinggi Syariah Kuala Lumpur telah menetapkan 18 Januari depan sebagai tarikh memfailkan hujahan bertulis bagi penyanyi Awie, 47, dan Rozana Misbun, 36, berhubung bantahan tuntutan nafkah sementara (interim) dua anak mereka.

Tarikh itu ditetapkan Timbalan Pendaftar Mahkamah Tinggi Syariah ketika kes itu disebut dalam kamarnya.





Prosiding itu turut dihadiri peguam Mohd Syafik Norizan yang mewakili Awie dan peguam Mohd Nor Afandi Dahari yang mewakili Rozana. Awie turut hadir pada prosiding berkenaan.

Sementara itu ketika ditemui media, Afandi memberitahu, Rozana telah selesai memfailkan afidavit jawapan berhubung bantahan bekas suaminya.

Pada 21 Oktober lalu melalui peguamnya, bagi menuntut penyanyi itu membayar nafkah untuk perbelanjaan Putra Ahmad Rezzki, 7, dan Puteri Qasseh Antasha, 5, yang kini berada dalam jagaan Rozana sementara tuntutan kes hadanah yang sedang berjalan di Mahkamah selesai.


Sumber: SH



         ________________________




No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...