"Saya percaya dengan rezeki. Jika Allah mengurniakan kami zuriat, kami terima dengan rasa syukur. Bagaimanapun jika sebaliknya berlaku, kami tetap menganggapnya sebagai satu pemberian daripada-Nya. Pasti ada rahmat di sebalik semua itu," ujar Ratu Rock Negara, Ella.
Dia mengakui rasa teruja dan seronok melihat ramai rakan seperjuangannya sudah mempunyai anak sendiri dan ada juga yang mengambil anak angkat.
Oleh yang demikian, dia juga tidak menolak kemungkinan akan mengambil anak angkat sebagai penyeri rumah tangganya nanti.
"Memang ada perancangan untuk kami mengambil anak angkat, tetapi bukan dalam waktu terdekat kerana ketika ini Ella sedang sibuk," tambahnya yang sudah mendirikan rumah tangga dengan Kapten Azhar Husaini selama tiga tahun.
Jelas Ella lagi, walaupun dia dan suami sering diajukan pertanyaan mengenai cahaya mata, namun masing-masing bersikap positif dan tidak pernah menjadikan perkara itu sebagai bebanan buat mereka.
Sementara suaminya pula berkata, sama ada mereka dikurniakan cahaya mata ataupun tidak, kasih sayang dan rasa cintanya terhadap isterinya takkan tergugat sama sekali.
Untuk info, mereka berdua ditemui di majlis sidang media persembahan sempena Minggu Setiausaha di NU Sentral, Kuala Lumpur, semalam.
Apa yang menarik, inilah kali pertama Ella mengadakan persembahan sempena Minggu Setiausaha setelah tiga dekad berada dalam industri muzik. Persembahan yang bakal diadakan di Dewan Perdana FELDA pada 27 April 2016 itu nanti akan menyaksikan Ella menyanyikan pelbagai lagu popularnya.
Pada anda yang berminat menyaksikan persembahan anjuran Ben Jawi Entertainment itu, tiket akan mula dijual Januari depan dengan harga RM400, RM600 dan RM800. Anda boleh hubungi talian 011-16334041 untuk tempatan awal.
Sumber: BH
________________________
-
FACEBOOK - SANTAI - PAPARAZZI - NOSTALGIA - GALERI - YOUTUBE - ROMANTIKA - SEJARAH MYARTIS
- INSTAGRAM - TWITTER
Follow @myartisdotcom
No comments:
Post a Comment