15 December 2015

46 GAMBAR - SEKALI LAFAZ, HAZLIN (PENGACARA 999) & MIOR (PEMBACA BERITA) SAH SUAMI ISTERI



Tahniah diucapkan buat Hazlin Hussain yang merupakan pengacara MHI dan 999, juga pembaca berita untuk Buletin Utama di TV3 dan pasangannya Mior Abdul Malek Raiyani yang juga bekas penolong penerbit dan pembaca berita TV3 kerana telah selamat bergelar suami isteri dengan hanya sekali lafaz.

Majlis pernikahan pasangan ini telah diadakan di Dewan Astana Era Mewah, Sungai Buloh pada 13 Disember lalu.





Pasangan personaliti ini yang masing-masing berusia 32 tahun ini mula berkenalan sewaktu sama-sama menuntut di UUM sekitar tahun 2003 dan mengikat tali pertunangan pada 8 Mac lepas.

"Jodoh ini memang rahsia Allah. Kami tidak sangka sebenarnya jodoh ada di depan mata. Kami juga tidak menyedari hakikat itu walaupun sudah berkawan baik lebih daripada 10 tahun.



"Selama ini kami masing-masing bersembang mengenai jodoh, rupanya yang di depan mata itu adalah jodohnya. Semoga perkahwinan kami dirahmati oleh Allah.

"Terima kasih saya ucapkan kepada semua pihak yang membantu kelancaran majlis," ujarnya dipetik sebagai berkata.

Mior dan Hazlin merencana untuk berbulan madu di Eropah.


























































































Sumber : BH
Foto: photoculture2009



         ________________________




No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...