15 December 2015

HAKAM MAHKAMAH DILANTIK UNTUK SELESAI KEMELUT PERKAHWINAN FARAH ASYIKIN



Kemelut perkahwinan Farah Asyikin, 35, gagal diselesaikan oleh pendamai atau hakam dari ahli keluarga yang dilantik oleh Farah dan suaminya, Zaahier Stanle, 38.

Sehubungan itu, Mahkamah Rendah Syariah Wilayah Persekutuan hari ini memerintahkan pelantikan hakam mahkamah sebagai usaha terakhir menyelamatkan rumah tangga mereka.





Hakim Syarie, Umamuddin Yunus membuat keputusan itu selepas mendengar pembentangan laporan hakam (orang tengah) yang dibuat sebelum ini.

Terdahulu, Farah melantik abang iparnya, Kamarul Bahrin Mohamad sebagai hakamnya manakala Zaahier Stanley diwakili oleh rakan baiknya, Hussin Abdul Razak.

Umamuddin menangguhkan kes berkenaan untuk sebutan semula pada 21 Disember ini.



Farah hadir di mahkamah bersama anggota keluarganya dan diwakili peguam syarie Siti Maisyarah Hashim manakala Zaahier diwakili peguam syarie Nurfarhana Abdul Manaf.

Terdahulu, Farah memfailkan penceraian tersebut pada penghujung Oktober tahun lalu.

Farah dan Zaahier yang juga seorang warganegara Afrika Selatan yang berketurunan Melayu Cape berkahwin pada 15 Februari 2013 selepas berkenalan selama setahun menerusi Twitter.

Hasil perkahwinan tersebut pasangan ini dikurniakan seorang cahaya mata lelaki bernama Ebrahim Owais yang berusia 18 bulan.


Sumber: mStar



         ________________________




No comments: