17 December 2015

54 GAMBAR - MAJLIS NIKAH, RESEPSI & MALAM BERINAI NAS ADILA - ALIFF RAZALI



Pada Sabtu lalu sekitar jam 10.40 pagi, Nas Adila AF7 dan Aliff Razali AF6 telah selamat diijabkabulkan selaku suami isteri pada majlis akad nikah yang diadakan di Masjid Negara, Kuala Lumpur.

Dalam majlis tersebut, Aliff telah meyerahkan mas kahwin sebanyak RM350 manakala wang hantaran pula RM25,000.





Setelah disatukan, Aliff dan Nas luah rasa syukur apabila jalinan yang dibina selama enam tahun itu berakhir ke jenjang pelamin.

Berbual lanjut tentang liku perjalanan sebelum bergelar pasangan sah, Aliff memberitahu, hubungan tersebut pernah digugat apabila wujud orang ketiga yang cuba memporak-perandakan kepercayaan mereka.

"Setahun nampak macam satu tempoh yang lama untuk memupuk kepercayaan antara satu sama lain. Pun begitu, jika ada orang yang memang mempunyai hasad dengki tidak boleh melihat kebahagiaan orang lain, pasti akan goyah juga.



"Alhamdulillah, berkat kesabaran, kami lalui dugaan tersebut sebaik mungkin dan syukurlah ia berakhir di jenjang pelamin," ujarnya yang mahu menutup buku lama perhubungan mereka dan membuka lembaran baharu demi masa depan rumah tangga yang dibina.

Bagi majlis resepsi pasangan ini pula telah berlangsung di Kompleks Studio Merdeka, Hulu Klang.

Tahniah diucapkan!

























MAJLIS RESEPSI


























































MALAM BERINAI






















         ________________________




No comments: