17 December 2015

ANAK SAHKAN JINS SHAMSUDIN MASIH SIHAT, NAFI MENINGGAL



Sungguh tidak bertanggungjawab dan suka menyebarkan berita palsu!

Demikianlah halnya dengan berita kematian palsu pelakon veteran Jins Shamsudin yang tersebar di alam maya. Sehubungan itu, anak Jins, Putera Hang Nadim, 24, merasa sedih dan menafikan berita tersebut.





"Bapa saya masih sihat, Alhamdulillah. Lepas satu demi satu berita palsu sebegini bertebaran dan menjadi viral. Tak silap saya sudah kali ketiga berita palsu kematian bapa saya tersebar.

"Apa motif mereka buat sebegitu pun saya tak tahu? Tak tahu apa yang mereka nak dan dapat dengan menyebarkan cerita palsu. Hal kematian bukan perkara mainan. janganlah sewenang wenangnya menyebar cerita tak betul," ujarnya dipetik sebagai berkata kepada Berita Harian.



"Petang semalam kami baru sampai ke Subang selepas balik kampung dari Pahang," katanya yang turut menambah bahawa dia serta ibu bapanya baharu sahaja pulang bercuti dari Korea dua minggu lalu.

Pada penyebar berita palsu tersebut, bawa-bawalah bertaubat dan segeralah minta maaf pada keluarga Jins Shamsudin. Mana tahu hari ini atau esok awak yang mati dulu?



         ________________________




No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...