17 December 2015

TEMPAT GARY TIADA GANTI - SONG JI HYO



Anda peminat Running Man? Jika minat, pastinya anda tahu apa yang digosipkan terhadap pasangan Kang Gary dan Song Ji hyo dalam siri tersebut.

Ini kerana, pasangan 'Monday Couple' ini telah mencetuskan kehangatan dalam program realiti Korea itu hingga ramai mengharapkan mereka benar-benar bercinta.





Apa yang pasti, Ji hyo sering malu-malu setiap kali diusik mengenai hubungannya dengan Gary. Bagaimanapun, bila didesak akhirnya Ji hyo membuat pengakuan spontan seolah cintanya terhadap Gary memang berbunga.

Semuanya terdedah ketika barisan Running Man bertandang ke China pada 11 Disember lalu. Kesemua ahlinya hadir melainkan Gary kerana terikat dengan komitmen kerja di Korea.



Dalam satu soal jawab... Ji hyo telah diajukan soalan, "Gary tidak ada di sini hari ini. Adakah ahli lain di sini boleh menggantikan mengambil tempat Gary? Jika anda terpaksa memilih salah seorang daripada mereka, siapa yang anda akan pilih?"

"Bagi saya, tidak ada sesiapa yang dapat menggantikan Gary", balas spontan Ji Hyo sambil ia disambut dengan sorakan peminat.

"Kamu berdua bukannya bercinta, mengapa pula tidak ada sesiapa yang boleh menggantikannya?" soal HaHa seolah mahu memerangkap Ji hyo.

"Awak tidak tahu sama ada kami bercinta atau tidak," ujar Ji Hyo sambil tersenyum manis.

Untuk info, dalam satu tinjauan baru-baru ini yang dilakukan di China, kedudukan pelakon Song Ji hyo menduduki tangga pertama sebagai selebriti Korea yang mempunyai bentuk badan menarik.



         ________________________




No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...