20 December 2015

83 ARTIS VETERAN TERIMA SUMBANGAN WANG TUNAI



Bertempat di Pusat Konvensyen Shah Alam (SACC), seramai 83 artis veteran telah menerima sumbangan wang tunai pada majlis Malam Apresiasi Artis Sepanjang Zaman yang diadakan malam semalam.

Antara artis veteran yang menerima sumbangan ialah Tan Sri Jins Samsuddin, Datuk Rahim Razali, Fauziah Nawi, Ruminah Sidek, Razali Buyong, Zaiton Sameon, Norlia Ghani, Hamid Gurkha, Uji Rashid, Kismah Johar dan Aripah Damanhuri.





Menteri Komunikasi dan Multimedia, Datuk Seri Dr Salleh Said Keruak berkata, majlis ini diadakan khusus untuk meraikan seniman dan seniwati tanah air yang banyak berbakti mewarnai industri kreatif negara.

"Objektif majlis pada kali ini adalah sebagai penghargaan kerajaan melalui KKMM kepada seniman dan seniwati tempatan yang banyak menyumbang kepada negara.

"Usaha mereka dalam menjana pembangunan industri kreatif negara dari dulu hingga sekarang tidak boleh kita lupakan," ujarnya dipetik sebagai berkata.

Majlis ini merupakan kerjasama antara KKMM, Perbadanan Kemajuan Filem Malaysia (Finas) dan RTM.

Hadir sama Ketua Setiausaha KKMM, Datuk Sri Dr Sharifah Zarah Syed Ahmad, Timbalan Ketua Setiausaha Operasi KKMM, Datuk Che Azemi Haron, Ketua Pengarah RTM, Datuk Abu Bakat Ab Rahim dan Ketua Pengarah Finas, Datuk Kamil Othman.

Majlis turut dimeriahkan dengan persembahan nyanyian daripada Salamiah Hassan, Hadi Carefree, Rohana Jalil, Kila Fairy dan Zaiton Sameon.


Sumber: mStar



         ________________________




No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...