19 December 2015

AKUI KESILAPAN - ADAM SHAH ANGGAP INI SEBAGAI PENGAJARAN



Berikutan mesej yang dimuatnaik oleh isterinya Fatin Afeefa semalam sebelum beberapa jam dipadamkan, Adam Shah, 33, berkata perkara tersebut adalah satu salah faham selain mengaku silap melayan peminat berkenaan.

Jelas Adam, perkara sebenar yang berlaku apabila dia cuba menolak secara baik perlawaan wanita yang merupakan peminat fanatik untuk bertemu dengannya.





"Apa yang saya berbalas mesej di Instagram itu sebenarnya saya menolak untuk berjumpa dengan cara baik. Cuma masa itu tak berkesempatan untuk terangkan pada isteri. Lagi pun orang tengah marah, jangan ditambah. Alhamdulillah, bila isteri dah sedikit cool... dia pun dah faham keadaan sebenar.

"Namun, saya tetap salahkan diri saya sebab melayan dan berbalas mesej wanita itu di Instagram," ujar Adam dipetik sebagai berkata.

Dalam pada itu, Adam berkata, perkara yang berlaku merupakan pengajaran buat dirinya untuk menjadi seorang suami dan bapa yang lebih baik.



"Ini pengajaran untuk saya juga, Allah uji di saat saya tersasar dari landasan. Apa-apa pun saya tetap bersyukur kerana isteri menegur dari awal.

"Saya sentiasa berdoa agar rumah tangga saya dilindungi dan diberkati. Saya sayang dan cinta isteri dan anak-anak. Saya mohon pada semua yang membaca dapat mendoakan kesejahteraan kami sekeluarga," jelasnya.

Sementara itu, Adam juga mengakui dia menerima pelbagai kecaman daripada pengguna laman sosial dengan pelbagai kata-kata kesat.



Dia meminta agar tiada pihak yang cuba mengambil kesempatan ini untuk terus melaga-lagakan mereka.

"Sebagai public figure akan sentiasa ada peminat yang fanatik. Peminat-peminat isteri ada yang menghentam, maki hamun saya... Saya tak ambil hati pun, saya yang buat salah tak sepatutnya menyalahkan orang lain pula. Cuma saya mohon semua jauhi dari sifat batu api, takut benda kecil akan menjadi besar," katanya.

Untuk rekod, Adam mendirikan rumah tangga dengan Fatin pada 21 Disember 2013 dan hasil perkahwinan itu mereka dikurniakan seorang anak perempuan yang pada 15 Jun lalu.






Sumber: mStar



         ________________________




No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...