19 December 2015

HANIS ZALIKHA & HAIRUL AZREEN BAKAL BERGELAR IBU BAPA



Tahniah diucapkan kepada Hanis Zalikha dan Hairul Azreen kerana bakal menimang cahaya mata sulung. Perkara tersebut dikongsikan sendiri oleh pasangan ini melalui akaun Instagram.

"2 tahun lalu, di sini saya doa untuk dijodohkan dengan Hanis Zalikha. Kali ini saya kembali, bersama nikmat yang Allah makbulkan, bersama-sama isteri saya. Dan Alhamdulillah di tempat pertemuan Adam & Hawa ini, saya nak kongsi kegembiraan dengan anda semua, isteri saya sedang mengandung 4 bulan," ujar Hairul di laman IGnya.





"Assalamualaika Ya Rasulullah S.A.W., kami datang bawa perkhabaran gembira, dengan izin Allah bakal menambah umatmu Ya Rasulullah S.A.W. Terima kasih atas ucapan dan doa yang baik mengiringi. Semoga lancar semuanya dan kami dapat jadi ibubapa yang baik untuk amanah ini," tutur Hanis pula.

Melalui perkongsian tersebut, pasangan ini dihujani dengan ucapan tahniah daripada peminatnya.



Difahamkan, Hanis dan suaminya kini sedang mengerjakan umrah dan juga bulan madu bersama. Semoga segala perjalanan dan juga perancangan pasangan ini akan sentiasa dipermudahkan.

Untuk rekod, Hairul dan Hanis selamat diijabkabul pada 5 Jun 2015 di kediaman wanita itu di Bukit Jelutong dekat sini.



         ________________________




No comments: