13 December 2015

APA RANCANGAN FINALIS GV2 SEKIRANYA MENANG RM100,000



Tinggal hanya beberapa jam sahaja lagi konsert akhir Gegar Vaganza 2 (GV2) akan berlangsung.

Pada konsert akhir itu, enam finalis iaitu Siti Nordiana, Nassier Wahab, Acong Sweetchild, Haiza, Farahdhiya dan Ezad Lazim akan berentap menyanyikan sebuah lagu secara solo dan di pusingan 'battle' bagi merebut gelaran juara sekaligus memenangi hadiah wang tunai RM100,000.





Bergelar juara merupakan impian setiap peserta, tetapi tahukah anda, apa rancangan mereka sekiranya memenangi hadiah wang tunai RM100,000?

Ini rancangan enam finalis jika berjaya membawa pulang RM100,000 pada malam Ahad ini:

Siti Nordiana
"RM100,000 itu saya akan gunakan untuk membantu ibu dan bapa serta untuk simpanan anak saya, Ryyan Nakhaei. Saya juga akan mengadakan majlis kesyukuran sekiranya bergelar juara pada musim ini. Selebihnya akan saya gunakan sebagai modal untuk membesarkan lagi perniagaan saya sekarang."

Nassier Wahab
"Ada beberapa perkara yang ingin saya lakukan sekiranya bergelar juara dan memenangi hadiah wang tunai RM100,000. Yang pertama, saya ingin adakan kenduri kesyukuran, kedua membawa ahli keluarga menunaikan umrah, ketiga membantu anak-anak yatim dan fakir miskin dan yang selebihnya dijadikan simpanan untuk hari tua."

Ezad Lazim
"Niat saya sejak awal lagi jika menang RM100,000 ingin pergi menunaikan haji bersama isteri. Kami sudah daftar haji, kalau ada rezeki... Insya-Allah. Saya juga akan gunakan wang tersebut untuk rumah yang baru dibooking baru-baru ini. Niat satu lagi ialah, ingin buat kenduri kesyukuran kepada semua penyokong dan peminat yang banyak memberi semangat kepada saya selama ini."



Acong Sweetchild
"Jika saya menang RM100,000 saya ingin gunakan wang itu untuk membeli rumah. Selebihnya akan dijadikan simpanan untuk kegunaan pada masa hadapan. Insyaallah, kalau ada rezeki saya akan buat majlis doa selamat dan kenduri kesyukuran."

Haiza
"Sejujurnya saya hanya fikirkan tentang persembahan malam itu nanti dan belum lagi terfikir tentang wang kemenangan RM100,000. Tetapi kalau dah tanya, saya jawab jugalah. Saya ingin beli aset, buat simpanan untuk diri sendiri, keluarga dan anak."

Farahdhiya
"Menang RM100,000...Insyaallah nak adakan majlis kesyukuran dan kenduri doa selamat."

Untuk makluman, naib juara GV2 akan memenangi wang tunai sebanyak RM50,000. Manakala tempat ketiga dan keempat pula masing-masing akan memenangi RM30,000 dan RM15,000.



         ________________________




No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...