14 December 2015

FINAL GEGAR VAGANZA 2 - SITI NORDIANA MUNCUL JUARA, MENANG RM100,000



Siti Nordiana akhirnya berjaya muncul juara Gegar Vaganza 2 dan memenangi wang tunai RM100,000 dalam konsert final yang diadakan di Auditorium, Majlis Bandaraya Shah Alam, Selangor. Selain itu, Nana juga memenangi persembahan terbaik dengan hadiah wang tunai RM5,000.

Tempat kedua pula dimenangi oleh Faradhiya manakala ketiga Ezad Lazim. Masing-masing membawa pulang wang tunai RM50,000 dan RM30,000.





Nasib tidak menyebelahi Nassier Wahab apabila dia hanya menduduki tempat keempat. Begitu juga dengan Acong dan Haiza yang hanya mendapat tenpat kelima dan keenam.

Pemenang pada malam itu telah dihakimi oleh juri-juri seperti Datuk Ramli MS, Khatijah Ibrahim, Datuk Jamal Abdillah dan Datuk Rosyam Nor.

Tahniah diucapkan buat Nana!













         ________________________




No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...