02 December 2015

"APA SEKALIPUN YANG BERLAKU, SAYA TETAP MENYAYANGI SITI" - DATUK K



"Apa pun kami menerima ujian ini dan percaya setiap perkara yang berlaku ada hikmahnya," demikian kata-kata perangsang sang suami, Datuk Seri Khalid Jiwa, 56, buat isteri tercintanya, Datuk Siti Nurhaliza Taruddin, 36, yang ketika ini sedang bertarung dengan dugaan hebat ekoran keguguran kandungannya.





Menurut Datuk K, kasih sayangnya tidak akan sama sekali berbelah bahagi buat isteri tersayang, malah semakin menebal buat isterinya.

"Dia seorang yang sangat kuat. Benar kami mahukan anak. Tetapi walau apa yang berlaku saya tetap cintakan Siti," ujar Datuk K dipetik sebagai berkata.

Dalam pada itu, Datuk K menyifatkan isterinya seorang yang sangat kental dan tabah dengan ujian Allah apabila kandungan yang berusia kira-kira dua bulan gugur.

Berita sedih yang dikongsikan Siti di laman IGnya semalam


Khalid berkata, ketika doktor memberitahu berita berkenaan, reaksi wajah Siti nampak sedih, namun beliau tenang menerima hakikat bahawa anak yang dikandung itu sudah tiada.

"Mujurlah doktor yang kami jumpa seorang yang sangat profesional ketika memberitahu tentang berita keguguran tersebut.

"Doktor turut memberi kata-kata positif bahawa Siti masih lagi ada harapan untuk mengandung dengan mudah selepas ini. Dan perkara itu membuatkan dia tenang sedikit," jelasnya.

Sementara itu, Khalid berkata, Siti akan berpantang selama dua minggu dan akan ke Jakarta bagi urusan kerja.

Kemudian dia merancang ingin membawa Siti bercuti di mana-mana tempat peranginan agar dapat berehat dengan tenang.

"Selepas Siti ke Jakarta, dia akan berehat sekejap.

"Pada mulanya kami mahu bercuti ke Eropah tetapi kami ubah fikiran dan mahu bercuti di tempat peranginan berdekatan. Tengok dulu macam mana," katanya.



         ________________________




No comments: