02 December 2015

AL-FATIHAH - LEPAS YUS JAMBU, SENIWATI MARIANI PULA MENINGGAL DUNIA



Baru sahaja kita dikejutkan dengan kepergian Yus Jambu, semalam jam 7,.32 malam, Seniwati Mariani atau Mariam Ismail pula meninggal dunia.

Anak Mariani, Melissa Saila melalui akaun Twitternya mengesahkan berita tersebut. Bagaimanapun, Melissa tidak memaklumkan punca kematian ibunya itu.

Dari IG Melissa - klik untuk gambar besar




"Bismillahirohmanirahim. Ibu saya Mariam @ Mariani Bt Ismail baru menghembuskan nafas terakhir beliau pada 7.32 mlm," jelas Melissa.

Difahamkan, jenazah Mariani kini berada di rumah Melissa di Taman Kosmo Jaya, Sentul Kuala Lumpur sebelum urusan pengebumian.



Suasana di rumah Melissa


Jenazah dijadualkan akan disembahyangkan di Masjid Al-Hidayah, Jalan Sentul dekat sini pada Rabu dan akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam, Jalan Ampang kira-kira pukul 11 pagi.

Mariani merupakan Seniwati terkenal yang berlakon disamping Allahyarham P.Ramlee ketika zaman kegemilangan Studio Jalan Ampas di Singapura.



Hingga kini, Mariani telah membintangi ratusan buah filem dan drama. Antara filem paling popularnya ialah Labu Labi, Nasib Labu-Labi, Tiga Abdul dan Masam-Masam Manis.

Al-Fatihah.



         ________________________





No comments: