01 December 2015

KANDUNGAN 2 BULAN SAH GUGUR - SITI NURHALIZA PASRAH



"Ternyata , Allah SWT pinjamkan Anugerah ini utk seketika.. Ct Redha dan jauh di sudut hati amat bersyukur kerana Allah SWT beri Ct jawapan diatas doa Ct," begitulah berita sedih yang dikongsikan oleh Datuk Siti Nurhaliza mengenai kandungannya.

Ini kerana, tanpa berselindung... penyanyi itu mengesahkan kandungannya yang berusia dua bulan gugur. Ia dikongsi oleh Siti menerusi laman Instagramnya hari ini.





"Bukan niat Siti mahu menafikan berita kehamilan itu kerana ia adalah anugerah terindah yang sekian lama Siti nantikan. Pun begitu, untuk mengiyakannya juga takut kerana kandungan ini masih terlalu awal untuk dihebahkan dan Siti mahu menunggu masa yang sesuai.

"Bagaimanapun, Allah SWT sempat meminjamkan anugerah ini untuk sementara saja. Sempat dua bulan Siti kandungkan dan mengalami keguguran," tambah Siti.

"Insya-Allah, semoga ia permulaan untuk anugerah yang seterusnya," ujarnya lagi yang kini dalam proses berpantang dan akan kembali menjalankan tugas seperti biasa selepas itu.





         ________________________




No comments: