16 December 2015

ARWAH HARUN SALIM BACHIK, IBRAHIM PENDEK DIKURNIAKAN ANUGERAH



Mungkin ada yang mengatakan: "dah tiada baru dapat anugerah".

Namun bagi Koperasi Seniman Kuala Lumpur Berhad dan Gabungan Persatuan Karyawan Filem Malaysia (GAFIM), ia adalah satu pengiktirafan kepada mereka yang banyak berjasa tidak kira sama ada masih hidup atau sudah meninggal dunia.





Dalam majlis yang julung kali diadakan itu, Allahyarham Harun Salim Bachik telah menerima Anugerah Pohon Beringin 2015. Ia telah disampaikan oleh Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi kepada balunya, Surianti Mohd.

Selain Anugerah Utama Gegar Anak Seni (Gasseni), turut diberikan ialah enam anugerah lain kepada anak seni yang banyak berjasa dalam pembinaan budaya bangsa melalui bidang filem, televisyen, nyanyian, teater, tarian dan muzik.

Ahmad Zahid dan isteri Datin Seri Hamidah Khamis bermesra bersama Juara Gegar Vaganza musim kedua Siti Nordiana pada Jamuan Makan Malam Gegar Anak Seni


Antara perimanya ialah Allahyarham Ibrahim Pendek bagi kategori Ikon Filem tempatan, Tokoh Penyiar 1994, Tan Sri Ahmad Merican (Ikon Televisyen) dan kumpulan Alleycats (Ikon Nyanyian).

Turut menerima anugerah, Pengarah Khalid Salleh (Ikon Teater), Datin Azanin Ezane Ahmad (Ikon Tarian) dan bekas Pengarah Muzik TV3, Datuk Ooi Eow Jin (Ikon Muzik).

Dianggarkan lebih 1,000 karyawan tempatan daripada pelbagai latar belakang seni hadir dalam majlis tersebut termasuk pengarah Datuk Yusof Haslam dan penyanyi Datuk Khadijah Ibrahim.


Sumber: BH



         ________________________




No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...