16 December 2015

ISU NABIL - JAMAL ABDILLAH NAFI 'POYO', CUMA BERGURAU



"Dia hanya bergurau dan saya juga balas dengan gurauan. Bagaimanapun, disebabkan saya bergurau dengan wajah yang serius, orang anggap saya marahkan Nabil.

"Sebenarnya, saya langsung tak marah, malah membalas kata-kata Nabil dengan niat untuk bergurau semata-mata," ujar Jamal Abdillah berbuka mulut setelah beberapa hari mendiamkan diri.





Bagaimanapun, disebabkan tidak mahu orang salah tafsir terhadap dirinya, Jamal akhirnya tampil membetulkan kekeliruan itu. Dakwanya, dia bukan marah pada Nabil Ahmad selaku pengacara Gegar Vaganza 2... tetapi membalas dengan gurauan.

"Nampaknya, orang kurang faham dengan apa yang saya guraukan itu dan membuat tanggapan bahawa saya marahkan Nabil. Saya berharap dengan penjelasan ini, orang tidak salah faham lagi.

"Jangan terus hentam, Nabil hanya membuat kerja dia iaitu menghiburkan orang. Kita kena faham tugas dia bukan sesuatu yang mudah untuk buat orang ketawa dan terhibur," tambah Jamal dipetik sebagai berkata



Untuk info, kontroversi tercetus gara-gara wajah Jamal yang agak serius ketika diusik oleh Nabil hingga membuat peminat mereka berdua saling berbalah. Malah kata-kata Jamal iaitu: "Saya dibayar Astro mahal-mahal bukan untuk menjadi bahan lawak awak" membuat peminat Nabil jadi tersinggung.

Sehubungan itu, ada yang menyokong Nabil dan ada juga yang menyokong Jamal mendakwa pelawak itu 'menjatuhkan maruah orang' hingga membuat laman sosial menjadi hangat.

Moga dengan penjelasan tersebut, kita semua dapat memahami hakikat sebenar tentang apa yang berlaku. Bak kata pepatah, buang yang keruh... ambil yang jernih. Tak gitu?





         ________________________




No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...