16 December 2015

ELIZAD DAN SUAMI SELAMAT PULANG DARI TUNAI UMRAH



Menerusi laman Instagram Elizad Shafiruddin, dia dilihat baru sahaja pulang dari mengerjakan umrah bersama suaminya, Shamsul Baharin Rahman, 43 yang dikahwininya awal tahun lalu.

Pandai Elizad pergi secara senyap-senyap tanpa pengetahuan ramai. Tahu-tahu sudah pulang.





Sebelum ini, Elizad pernah menyatakan niatnya yang dia ingin berbulan madu di Mekah dengan melakukan ibadat umrah. Nampak gayanya permintaan Elizad telah pun tertunai.

"When we first got married, he asked me where do I wanna go? I said Umrah. Our schedule are very tight but Alhamdulilah towards end of this year, he full filled his promise. Present in advance for our 1st Anniversary wedding. Thank You Mr Husband! Ok, now cubaan rest. Home sweet home," ujar Elizad di laman IGnya.



Walaupun sudah lama tidak mendengar berita, Elizad tidak memperlahankan karier seninya malah dia sibuk berlakon sebenarnya. Selain dari itu dia turut aktif dengan aktiviti permotoran. Aktiviti tersebut juga turut dikongsikan bersama suami tersayang.

Selamat pulang kami ucapkan buat Elizad dan suami. Semoga permintaan anda di tanah suci Mekah akan ditunaikan oleh Yang Maha Esa, Insha Allah.



         ________________________




No comments: