Sesal dahulu pendapatan, sesal kemudian tidak berguna!
Demikian peribahasa yang tepat buat penghina Siti Nordiana yang pernah menganggap penyanyi itu sebagai 'penyanyi kampung'. Malah beberapa pereka fesyen popular juga seolah malu besar apabila penyanyi kampung itu kini menjadi rebutan ramai gara-gara menjadi juara Gegar Vaganza 2.
Semuanya bermula apabila Nana gagal untuk mendapatkan tajaan pakaian bagi menyertai rancangan itu apabila dia hanya dipandang sebelah mata.
Yang mempercayai dan yakin terhadapnya hanya pemilik butik Jimmy Coture yang sanggup menerima Nana tanpa ada perasaan berat sebelah.
"Asalnya, Haiza memperkenalkan Nana (Siti Nordiana) kepada saya yang meminta saya mereka baju untuk persembahannya kerana tiada orang yang mahu menaja pakaian dia.
"Jadi saya dengan niat ikhlas mahu membantunya," ujar Jimmy dipetik sebagai berkata.
Kini, hasil kepercayaan Jimmy itu membuahkan hasil butiknya menjadi perhatian gara-gara penyanyi itu memakai pakaiannya dalam Gegar Vaganza 2 (GV2). Dia juga tidak menyangka akan turut mendapat tempias populariti Nana dengan menerima lebih sepuluh tempahan setiap minggu.
Jimmy atau nama sebenarnya Zaizakrani Ismail, 31, berkata, perniagaan fesyennya menunjukkan peningkatan selepas Siti Nordiana diumumkan sebagai juara.
"Mereka (pelanggan) mahu tahu apa yang Nana pakai dan jenis kain apa yang digunakan. Begitu terperinci mereka bertanya.
"Kemudian mereka akan meminta saya menghasilkan gaun seperti yang dipakai Nana," tambahnya.
"Nana antara artis yang tidak cerewet. Cuma dia mahu pastikan baju yang direka itu sedikit longgar dan tudungnya menutup dada. Walaupun GV2 sudah selesai, dia masih menggunakan khidmat saya.
"Saya masih teringat bagaimana dia begitu segan mahu bertemu saya kerana menganggap dirinya tidak layak mendapat tajaan baju. Dia seorang yang sangat merendah diri," katanya lagi.
Sumber: mStar
________________________
-
FACEBOOK - SANTAI - PAPARAZZI - NOSTALGIA - GALERI - YOUTUBE - ROMANTIKA - SEJARAH MYARTIS
- INSTAGRAM - TWITTER
Follow @myartisdotcom
No comments:
Post a Comment