29 December 2015

ISTERI SELAMAT BERSALIN ANAK KEDUA - BEEGO DIKURNIA 'BABY GIRL'



Tahniah kami ucapkan buat pasangan Beego dan Linda Hashim yang telah menimang cahaya mata kedua mereka yang lahir pada jam 7.15 pagi tadi di Pusat Perubatan, KPJ Tawakkal, Kuala Lumpur.

Bayi perempuan kedua pasangan dilahirkan secara normal dengan berat 2.58 kilogram.





Berkongsi perasaan kelahiran kedua ini, Linda mengakui ia satu pengalaman berbeza berbanding pertama.

"Kali ini baru rasa sakit betul melahirkan anak. Kelahiran anak pertama dulu saya pakai epidural yang memudahkan proses beranak. Kali ini tak, sebaliknya hanya menggunakan ubat tahan sakit biasa.



"Alhamdulilah proses kelahiran kali ini lancar," ujar Linda dipetik sebagai berkata.

Sebelum ini, mereka dikurniakan anak perempuan yang bernama Jelita Clarissa, 1.






Sumber: BH



         ________________________




No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...