30 December 2015

TAHNIAH - HANEZ SURAYA SELAMAT LAHIRKAN 'BABY GIRL'



Tahniah diucapkan buat Pelakon, Hanez Suraya, 30, kerana selamat melahirkan bayi perempuan seberat 3.5 kilogram, jam 9.48 malam tadi di Pusat Perubatan Prince Court, Kuala Lumpur.

"Bersyukur padaMu Ya Allah di atas anugerah yang tidak ternilai pada ku dan suamiku.. Terima Kasih keluarga ku semua dan sahabat-sahabat yang tidak putus mendoakan untuk saya dan baby.. Syukur Alhamdulillah," kata Hanez melalui IG.





"Alhamdulillah, saya bersyukur proses bersalin dipermudahkan. Saya selamat bersalin secara normal.

"Terima kasih kepada suami yang sentiasa berada di sisi sepanjang saya dalam bilik bersalin," ujarnya dipetik sebagai berkata kepada HM pula.



"Saya tak tahu lagi berapa lama akan berada hospital. Apabila keluar hospital, saya akan berpantang di rumah kami di Shah Alam," tambahnya.

Untuk makluman, anak sulungnya itu akan hanya diberi nama selepas tujuh hari kelahiran.

Sementara itu, Pengarah Michael Ang turut mengucapkan tahniah kepada Hanez : "congrats babe for your new born baby. May stay healthy".





         ________________________




No comments: