30 December 2015

"SAYA SUDAH PELUK ISLAM, KAHWIN ESOK" - MARSHA MILAN LONDOH



Setelah beberapa bulan berahsia, akhirnya Marsha Milan Londoh mengakui yang dia sudah memeluk agama islam dan bakal berkahwin. Semuanya gara-gara gambar pertunangan dan gambar kad kahwinnya yang telah tersebar.

"Ya saya sudah memeluk agama Islam. Segalanya berjalan lancar seperti apa yang dirancang. Apa yang saya harapkan penghijrahan saya ini tidak disensasikan kerana ia terlalu peribadi buat saya” 





 "Apa yang saya mohon di sini jangan dihebohkan perkara ini kerana semuanya sudah selesai demi menghormati kedua belah pihak," ujar Marsha dipetik sebagai berkata.

Kata Marsha lagi, dia akan berkahwin dengan Mohamed Shaiful Nizam yang merupakan seorang ahli perniagaan esok. 




"Saya mengambil sedikit masa untuk mengumumkan tarikh perkahwinan kerana mahu menyelesaikan beberapa perkara penting tentang majlis itu.

"Setelah mencapai kata sepakat diantara keluarga dan beberapa perkara sudah disahkan barulah kami bersedia memberi jawapan yang pasti kepada umum," tambahnya.



Untuk info, Marsha berkenalan dengan Shaiful sejak 10 tahun lalu dan mula bercinta sekitar tahun 2013. Kata pelakon dan penyanyi itu, bakal suaminya itu seorang yang ikhlas, hormat akan ahli keluarganya.

Bagaimanapun, seperti Nad Zainal... majlis pernikahan Marsha dan Shaiful akan turut diadakan secara tertutup tanpa liputan media. Majlis resepsi pula akan diadakan pada 8 Januari 2016 di Majestic Hotel, Kuala Lumpur.

Apa-apapun, rahniah diucapkan!


Sumber: Mstar online



         ________________________




No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...