18 December 2015

KAD KAHWIN TERSEBAR - BENARKAH MARSHA KAHWIN JANUARI DEPAN?



Jika sebelum ini, timbul desas-desus yang mengatakan Marsha Milan Londoh sudah memeluk agama Islam, terkini dia dikatakan bakal berkahwin pada 8 Januari depan apabila gambar kad undangan ke majlis perkahwinan tersebut tertera namanya yang kini tersebar luas di media sosial.

Sehingga kini, tiada lagi kenyataan rasmi daripada empunya badan bagaimanapun rata-rata yang mengetahui perkara berkenaan mengucapkan tahniah berikutan perkahwinan itu.





Marsha sebelum ini pernah menyatakan mengenai pendiriannya untuk tidak memberitahu semua perkara kepada pihak media.

"Saya minta maaf, saya tidak dapat berkongsi sepenuhnya kepada semua. Apa pilihan hidup saya, siapa diri saya selepas ini dan siapa yang akan gembirakan saya, itu adalah hak saya”

"Bagi saya, setiap orang punyai privasi hidup masing-masing, malah saya juga perlu menghormati setiap hati dan perasaan sebelum membuat sebarang kenyataan," ujar Marsha sebelum ini.

Jika benar Marsha akan berkahwin Januari depan, tahniah kami ucapkan.







         ________________________




No comments: