18 December 2015

KAHWINI 'DATO RED' - GAMBAR MADU ADIRA & ANAK-ANAK



Semalam dunia hiburan menerima berita gembira apabila penyanyi Adira dikhabarkan sudah menamatkan zaman bujangnya dengan seorang usahawan hartanah bergelar Dato Red.

Lebih menarik, isteri pertama Dato Red yang juga digelar sebagai Datin Red turut bersetuju dengan perkahwinan itu dan memberi lampu hijau. Amboiii... bertuahnya Dato Red!





Berikut adalah beberapa fakta menarik tentang Adira dan 'suaminya' Dato Red:


  • Dato Red mempunyai tiga anak comel hasil perkahwinan dengan Datin Red.


  • Datin Red sendiri yang membuat pendedahan di ruangan komen gambar dimuat naik olehnya di Facebook bahawa dia dan Adira akan berkongsi suami. Kata Datin Red : "Sekarang kami share (berkongsi) suami"


  • Adira kemudian dilihat turut memuat naik gambar sama di akaun Instagram miliknya semalam.


  • Jika benarlah bagai dikata dan dirancang... nampaknya Adira menjadi artis paling bertuah berbanding artis lain sebelum ini yang menghadapi rintangan bila bermadu. Malah ada juga yang enggan mengaku hingga menimbulkan pelbagai spekulasi dikalangan peminat.

    Pada Adira, Dato Red dan Datin Red... selamat berbahagia kami ucapkan!

    ANAK-ANAK DATO RED & DATIN RED



    DATO RED DAN ADIRA - DAPAT LAMPU HIJAU



    DATIN RED - REDHA KERANA ALLAH





    Sumber: myMetro



             ________________________




    No comments: